Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (INSURANS LIABILITI PRODUK DAN INSURANS SEMULA LABUAN) (PENGECUALIAN) 2025

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“penanggung insurans Labuan” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan insurans am Labuan yang berhubungan dengan liabiliti produk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];

“penanggung insurans semula Labuan” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan insurans semula Labuan, atau retrosisen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010.

Section 2 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (INSURANS LIABILITI PRODUK DAN INSURANS SEMULA LABUAN) (PENGECUALIAN) 2025