Malaysia legislation

Section 2A

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (AMAUN MINIMUM DANA MODAL) (ORANG YANG DILULUSKAN) (PINDAAN) 2022

Seksyen 2A

(a)

pengeluar wang elektronik itu mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 pengguna aktif bagi suatu tempoh enam bulan berturut-turut bermula 2017;

(b)

pengeluar wang elektronik itu mempunyai bahagian pasaran sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah banyaknya transaksi wang elektronik di Malaysia bagi suatu tahun tertentu bermula 2017;

(c)

pengeluar wang elektronik itu mempunyai bahagian pasaran sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah nilai transaksi wang elektronik di Malaysia bagi suatu tahun tertentu bermula 2017; atau

(d)

pengeluar wang elektronik itu mempunyai bahagian pasaran sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah liabiliti wang elektronik yang belum dijelaskan di Malaysia bagi suatu tahun tertentu bermula 2017.

P.U. (A) 393 4

(2)

Jika suatu pengeluar wang elektronik yang telah dikategorikan sebagai pengeluar wang elektronik layak di bawah subperenggan (1) dan kemudiannya tidak memenuhi kesemua kriteria yang dinyatakan dalam subperenggan (1) bagi mana-mana tahun tertentu, pengeluar wang elektronik layak itu hendaklah, dengan kelulusan bertulis Bank, terhenti daripada dikategorikan sebagai pengeluar wang elektronik layak.

(3)

Mana-mana pengeluar wang elektronik yang terhenti dari dikategorikan sebagai pengeluar wang elektronik layak di bawah subperenggan (2) boleh dikategorikan semula oleh Bank sebagai pengeluar wang elektronik layak sekiranya pengeluar wang elektronik itu memenuhi mana-mana kriteria yang dinyatakan dalam subperenggan (1).”.

Penggantian Jadual 1

Section 2A — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (AMAUN MINIMUM DANA MODAL) (ORANG YANG DILULUSKAN) (PINDAAN) 2022