Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (PENGECUALIAN) (AGRO CAPTIVE TAKAFUL LIMITED) 2024
Seksyen 4
Syarat pengecualian
(1)
Pengecualian di bawah perenggan 3 adalah tertakluk pada syarat yang berikut:
(a)
skop skim agritakaful itu hendaklah terhad kepada petani dalam subsektor padi sahaja dan petani yang mempunyai pembiayaan atau memegang akaun deposit dengan Bank Pertanian Malaysia Berhad;
(b)
berhubung dengan pengurusan skim agritakaful itu, Agro Captive
Takaful Limited hendaklah —
(i)
memastikan bahawa apa-apa lebihan daripada skim agritakaful itu digunakan bagi maksud memenuhi obligasi
Agro Captive Takaful Limited kepada tuntutan yang dibuat oleh petani yang menyertai skim agritakaful itu sepanjang tempoh yang disebut dalam subperenggan 1(2);
(ii)
dalam keadaan terdapat apa-apa lebihan selanjutnya daripada skim agritakaful pada penghujung tempoh yang disebutkan dalam subperenggan 1(2), mengagihkan lebihan itu mengikut dasar perkongsian lebihan skim agritakaful sebagaimana yang dipersetujui oleh Bank yang termasuk sekurang-kurangnya lima puluh peratus daripada lebihan itu diagihkan kepada petani yang menyertai skim agritakaful itu;
(iii)
tidak mengisytiharkan sebarang dividen ke atas syernya sepanjang tempoh yang disebut dalam subperenggan 1(2);
(iv)
memastikan bahawa skim agritakaful itu mematuhi Shariah pada setiap masa dari segi matlamat, operasi, hal ehwal dan aktiviti perniagaannya, dan skim agritakaful itu hendaklah diluluskan oleh jawatankuasa Shariah Bank Pertanian
P.U. (A) 238 4
Malaysia Berhad yang ditubuhkan di bawah seksyen 33F
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(v)
menjalankan program pendidikan dan kesedaran kepada petani tentang konsep takaful untuk memastikan pemahaman mereka tentang nilai dan had suatu perlindungan takaful; dan
(vi)
mengemukakan kepada Bank—
(A)
laporan perkembangan tahunan skim agritakaful itu berbanding petunjuk prestasi utama tahunan bagi pelaksanaannya termasuk kadar pengambilan, tempoh pembayaran tuntutan, nisbah tuntutan dan data utama mengenai skim agritakaful tersebut; dan
(B)
langkah yang akan diambil untuk terus mengukuhkan prestasi skim agritakaful itu jika petunjuk prestasi utama tahunan gagal dicapai;
(c)
sekiranya skim agritakaful tersebut dihentikan sebelum habis tempoh yang disebut dalam subperenggan 1(2), Agro Captive
Takaful Limited hendaklah mengemukakan suatu notis keluar kepada Bank sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum tempoh sebenar pemberhentian skim agritakaful itu untuk mengurangkan gangguan yang mungkin berlaku dalam perlindungan agritakaful itu kepada petani;
(d)
Agro Captive Takaful Limited hendaklah, secara berterusan sepanjang tempoh yang disebut dalam subperenggan 1(2), mematuhi keperluan yang dikenakan oleh Bank termasuk keperluan berhemat dan perlindungan pengguna—
P.U. (A) 238 5
(i)
dengan menyemak pengaturan takaful semulanya dan memastikan perlindungan yang mencukupi bagi pengaturan henti kerugian berdasarkan pengalaman tuntutan sebenar skim agritakaful itu dan ramalan perubahan iklim terkini;
(ii)
dengan tidak melantik mana-mana ahli politik yang aktif sebagai ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanannya;
(iii)
dengan memastikan semua pengantaranya yang terlibat dalam pemasaran dan pengedaran skim agritakaful itu mempunyai kelayakan minimum dalam peperiksaan asas takaful dan mematuhi garis panduan dalam
Pembangunan
Profesional
Berterusan sebagaimana yang ditentukan oleh Persatuan Takaful Malaysia; dan
(iv)
dengan membuat pendedahan yang jelas dalam semua dokumen pemasarannya, laman webnya dan kontrak antara
Agro
Captive
Takaful
Limited dengan pelanggannya bahawa skim agritakaful itu adalah di bawah pengawalseliaan Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan; dan
(e)
Agro Captive Takaful Limited hendaklah, secara berterusan sepanjang tempoh yang disebut dalam subperenggan 1(2), mematuhi keperluan dalam—