Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perkhidmatan Kewangan
(Kehendak dan Pengemukaan Dokumen atau Maklumat) (Perniagaan Berdaftar)
/akn/my/act/pua/2013/206
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (KEHENDAK DAN PENGEMUKAAN DOKUMEN ATAU MAKLUMAT) (PERNIAGAAN BERDAFTAR) 2013 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 206 2013, currently marked in force and first recorded in 2013.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Perkhidmatan Kewangan
(Kehendak dan Pengemukaan Dokumen atau Maklumat) (Perniagaan Berdaftar)
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 30 Jun 2013.
Kehendak dan dokumen atau maklumat bagi perkhidmatan pemeroleh saudagar
Seorang yang bercadang untuk mengendalikan perkhidmatan pemeroleh saudagar hendaklah memenuhi kehendak dan mengemukakan dokumen atau maklumat seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.
Kehendak dan dokumen atau maklumat bagi perniagaan pengajusteran
Seorang yang bercadang untuk menjalankan perkhidmatan perniagaan pengajusteran hendaklah memenuhi kehendak dan mengemukakan dokumen atau maklumat seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.
P.U. (A) 206 3
JADUAL 1
[Perenggan 2]
KEHENDAK DAN DOKUMEN ATAU MAKLUMAT BAGI
PERKHIDMATAN PEMEROLEH SAUDAGAR
BAHAGIAN 1
Kehendak
1.
Pemohon ialah suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965
[Akta 125].
2.
Pemegang syer, pengarah atau mana-mana orang yang berkenaan dengan pengendalian atau pengurusan pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta atau kesalahan melibatkan fraud atau kecurangan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
3.
Pemegang syer, pengarah atau mana-mana orang yang berkenaan dengan pengendalian atau pengurusan pemohon tidak pernah terlibat dalam pengurusan atau pengendalian seseorang yang sebelum ini telah dibatalkan pendaftarannya oleh Bank.
BAHAGIAN 2
Pengemukaan dokumen atau maklumat
Penggal 1
Dokumen atau maklumat yang perlu dikemukakan oleh pemohon yang bukan institusi kewangan yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank
1.
Salinan yang diperakui sah memorandum dan tataurusan persatuannya atau dokumen konstituen lain yang di bawahnya ia ditubuhkan.
P.U. (A) 206 4
2.
Salinan yang diperakui sah sijil pemerbadanannya atau pendaftaran perniagaannya.
3.
Salinan yang diperakui sah penyata kewangan terkini yang diaudit atau bagi syarikat baru yang masih belum selesai pusingan tahun kewangannya yang pertama, dokumen yang berikut boleh dikemukakan sebagai ganti penyata kewangan terkini yang diaudit:
(a)
Borang 24 (pemulangan atas penguntukan syer) di bawah Akta
Syarikat 1965;
(b)
penyata bank terkini; dan
(c)
akaun pengurusan terkini yang tidak diaudit.
4.
Suatu akuan berkanun bahawa—
(a)
pemegang syer, dalam hal yang mana pemohon bukanlah syarikat awam yang disenaraikan, pengarah atau orang yang berkenaan dengan pengendalian atau pengurusan pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta itu atau suatu kesalahan melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(b)
pemegang syer, dalam hal yang mana pemohon bukanlah syarikat awam yang disenaraikan, pengarah atau orang yang berkenaan dengan pengendalian atau pengurusan pemohon tidak pernah terlibat dalam pengurusan atau pengendalian seseorang yang sebelum ini telah dibatalkan pendaftarannya oleh Bank.
P.U. (A) 206 5
5.
Maklumat dan dokumen sokongan syarikat pemohon dan perniagaannya yang berikut:
(a)
nama, tempat dan tarikh penubuhannya;
(b)
perniagaan utama;
(c)
nama, alamat dan kad pengenalan atau nombor pasport semua pengarah dan ketua pegawai eksekutifnya;
(d)
nama dan alamat pemegang syer utamanya, dalam maksud seksyen 69D Akta Syarikat 1965, dan perbadanan yang berkaitan dengannya sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 4 Akta Syarikat 1965;
(e)
butiran syarikat induk, subsidiari dan syarikat berkaitan; dan
(f)
struktur organisasi pemohon.
6.
Mana-mana kelulusan, pemberian kuasa, lesen atau permit yang diperlukan atau diperoleh daripada pihak berkuasa kawal selia.
7.
Maklumat dan dokumen sokongan yang berhubungan dengan sistem pembayaran bagi pengendalian perkhidmatan pemeroleh saudagar seperti yang berikut:
(a)
suatu perihalan sistem pembayaran yang terperinci, termasuk aliran pembayaran dan perkiraan penyelesaian;
(b)
suatu perihalan saudagar yang disasarkan dan kriteria bagi penyertaan;
(c)
peranan dan tanggungjawab pengendali;
P.U. (A) 206 6
(d)
kaedah-kaedah dan tatacara yang menyatakan hak dan liabiliti pengendali dan peserta itu termasuk terma dan syarat dan tatacara bagi penyelesaian pertikaian;
(e)
perihalan tatacara dan pelaksanaan keselamatan sistem;
(f)
fi dan caj yang dikenakan oleh pengendali, termasuk pecahan terperinci;
(g)
tatacara pengambilan peserta, termasuk kriteria penajajamin dan tatacara bagi kelulusan, dan mekanisme pengawasan saudagar;
(h)
langkah-langkah bagi memastikan keselamatan, keutuhan dan kebolehpercayaan pengendalian sistem pembayaran itu termasuk penerusan perniagaan dan rancangan pemulihan bencana dan strategi yang diambil untuk sistem pemulihan dan lokasi tempat alternatif itu;
(i)
pengesanan fraud dan mekanisme pengawalan; dan
(j)
perkiraan khidmat luaran, sekiranya ada.
Penggal 2
Dokumen atau maklumat yang perlu dikemukakan oleh pemohon yang merupakan institusi kewangan yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank
Maklumat dan dokumen sokongan yang berhubungan dengan sistem pembayaran bagi pengendalian perkhidmatan pemeroleh saudagar seperti yang berikut:
(a)
suatu perihalan sistem pembayaran yang terperinci, termasuk aliran pembayaran dan perkiraan penyelesaian;
P.U. (A) 206 7
(b)
suatu perihalan saudagar yang disasarkan dan kriteria bagi penyertaan;
(c)
peranan dan tanggungjawab pengendali;
(d)
kaedah-kaedah dan tatacara yang menyatakan hak dan liabiliti pengendali dan peserta itu termasuk terma dan syarat dan tatacara bagi penyelesaian pertikaian;
(e)
perihalan tatacara dan pelaksanaan keselamatan sistem;
(f)
fi dan caj yang dikenakan oleh pengendali, termasuk pecahan terperinci;
(g)
tatacara pengambilan peserta, termasuk kriteria penajajamin dan tatacara bagi kelulusan, dan mekanisme pengawasan saudagar;
(h)
langkah-langkah bagi memastikan keselamatan, keutuhan dan kebolehpercayaan pengendalian sistem pembayaran itu termasuk penerusan perniagaan dan rancangan pemulihan bencana dan strategi yang diambil untuk sistem pemulihan dan lokasi tempat alternatif itu;
(i)
pengesanan fraud dan mekanisme pengawalan; dan
(j)
perkiraan khidmat luaran, sekiranya ada.
P.U. (A) 206 8
JADUAL 2
[Perenggan 3]
KEHENDAK DAN DOKUMEN ATAU MAKLUMAT BAGI PERNIAGAAN PENGAJUSTERAN
BAHAGIAN 1
Kehendak
1.
Pemohon ialah suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965
dengan modal berbayar minimum yang tidak terjejas oleh kerugian sebanyak
RM 150,000.
2.
Pekerja syarikat yang terlibat dengan kerja pengajusteran itu hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan minimum dalam pengajusteran kerugian daripada sekurang-kurangnya salah satu daripada badan profesional yang diiktiraf atau ijazah seperti yang berikut:
(a)
Associate or Fellow of Chartered Institute of Loss Adjuster;
(b)
Diploma atau Associate atau Fellow Institusi Insurans Malaysia;
(c)
Associate atau Fellow Insititusi Insurans Berkanun;
(d)
Diploma or Associate or Fellow of Australian Insurance Institute;
(e)
Associate or Fellow of Insurance Institute of Canada;
(f)
Fellow of Life Management Institute;
(g)
Chartered Property & Casualty Underwriter;
(h)
Diploma atau Diploma Lanjutan dalam Pengajian Perniagaan, pengkhususan dalam Insurans daripada Universiti Teknologi MARA;
P.U. (A) 206 9
(i)
Ijazah sarjana muda dalam pengurusan risiko;
(j)
Kursus Asas atau Sijil Pertengahan dalam Pelarasan Kerugian Insurans daripada Institusi Insurans Malaysia; atau
(k)
mana-mana kelayakan lain yang diluluskan oleh Bank.
3.
Pemegang syer, pengarah atau mana-mana orang yang berkenaan dengan pengendalian atau pengurusan pemohon tidak pernah disabitkan kesalahan di bawah Akta itu, Akta Insurans 1996 [Akta 553] yang dimansuhkan atau kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
4.
Pemegang syer, pengarah atau ketua pegawai eksekutif tidak pernah terlibat dalam pengurusan atau pengendalian suatu syarikat pengajusteran yang lesen atau pendaftaran telah dibatalkan, membatalkan pendaftaran atau telah pun enggan diberikan lesen oleh Bank.
5.
Pemegang syer, pengarah, ketua pegawai eksekutif, pekerja-pekerja dan ahli-ahli gabungan termasuklah pasangan, anak-anak, ibu bapa, adik beradik dan ahli-ahli keluarga terdekat yang lain tidak mempunyai apa-apa kepentingan ekuiti, atau tidak bekerja atau dikaitkan dengan mana-mana penanggung insurans, pengendali takaful dan pengendali bengkel.
BAHAGIAN 2
Pengemukaan dokumen atau maklumat
1.
Salinan yang diperakui sah memorandum dan tataurusan persatuannya atau dokumen konstituen lain yang di bawahnya ia ditubuhkan.
2.
Salinan yang diperakui sah sijil pemerbadanannya atau pendaftaran perniagaannya.
P.U. (A) 206 10
3.
Salinan yang diperakui sah penyata kewangan terkini yang diaudit bagi suatu syarikat yang beroperasi.
4.
Borang 24 (pemulangan atas penguntukan syer) di bawah Akta Syarikat 1965.
5.
Borang 29 (perihalan pengarah) di bawah Akta Syarikat 1965.
6.
Akuan berkanun yang pemohon telah memenuhi kesemua kehendak yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 2.
7.
Maklumat dan dokumen sokongan syarikat itu dan perniagaannya seperti yang berikut:
(a)
nama, tempat dan tarikh penubuhannya;
(b)
nama, alamat dan kad pengenalan atau nombor pasport yang semua pengarahnya dan ketua pegawai eksekutifnya;
(c)
nama dan alamat pemegang syer utamanya, dalam maksud seksyen 69D Akta Syarikat 1965, dan perbadanan yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 4 Akta Syarikat 1965; dan
(d)
nama semua staf pengajusteran dengan kelayakan relevan mereka.
Dibuat 19 Jun 2013
[BNM/JUN/1125/50/01; PN(PU2) 718]
TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ
Gabenor
Bank Negara Malaysia
P.U. (A) 206 11
FINANCIAL SERVICES ACT 2013
FINANCIAL SERVICES (REQUIREMENTS AND SUBMISSION OF DOCUMENTS
OR INFORMATION) (REGISTERED BUSINESS) ORDER 2013
IN exercise of the powers conferred by paragraph 17(1)(a) of the Financial Services Act 2013 [Act 758], the Central Bank of Malaysia makes the following order:
Citation and commencement 1.
(1)
This order may be cited as the Financial Services (Requirements and
Submission of Documents or Information) (Registered Business) Order 2013.
(2)
This Order comes into operation on 30 June 2013.
Requirements and documents or information for merchant acquiring services 2.
A person who intends to carry on merchant acquiring services shall fulfill the requirements and submit documents or information as specified in Schedule 1.
Requirements and documents or information for adjusting business 3.
A person who intends to carry on adjusting business shall fulfill the requirements and submit documents or information as specified in Schedule 2.
P.U. (A) 206 12
SCHEDULE 1
[Paragraph 2]
REQUIREMENTS AND DOCUMENTS OR INFORMATION FOR
MERCHANT ACQUIRING SERVICES
PART 1
Requirements
1.
The applicant is a company incorporated under the Companies Act 1965
[Act 125].
2.
The shareholder, director or person concerned with the operation or management of the applicant has not been convicted of an offence under the
Act or an offence involving fraud or dishonesty under any other written law.
3.
The shareholder, director or person concerned with the operation or management of the applicant has not been involved in the management or operation of a person who has previously been deregistered by the Bank.
PART 2
Submission of documents or information
Division 1
Document or information to be submitted by applicant who is not a financial institution regulated under the laws enforced by the Bank
1.
A certified true copy of its memorandum and articles of association or other constituent documents under which it is established.
2.
A certified true copy of its certificate of incorporation or business registration.
3.
A certified true copy of its latest audited financial statements or in the case of a new company which has yet to complete its first financial year cycle, the
P.U. (A) 206 13
following documents may be submitted in lieu of the latest audited financial statements:
(a)
Form 24 (return on allotment of shares) under the Companies
Act 1965;
(b)
latest bank statement; and
(c)
latest unaudited management account.
4.
A statutory declaration that—
(a)
the shareholder, in the case where the applicant is not a public listed company, director or person concerned with the operation or management of the applicant has not been convicted of an offence under the Act or an offence involving fraud or dishonesty under any other written law; and
(b)
the shareholder, in the case where the applicant is not a public listed company, director or person concerned with the operation or management of the applicant has not been involved in the management or operation of a person who has been previously deregistered by the Bank.
5.
The following information and supporting documents of the applicant and its business:
the name, place and date of its establishment;
the principal business;
(c)
the names, addresses and identity card or passport numbers of all its directors and chief executive officer;
P.U. (A) 206 14
the names and addresses of its substantial shareholders, within the meaning of section 69D of the Companies Act 1965, and its related corporations as defined in section 4 of the Companies Act 1965;
(e)
details of parent company, subsidiaries and related companies; and
(f)
organizational structure of the applicant.
6.
Any approval, authorization, licence or permit required or obtained from regulatory authorities.
7.
The following information and supporting documents relating to the payment system for merchant acquiring services:
(a)
a detailed description of the payment system, including payment flow and settlement arrangements;
(b)
a description of the targeted merchants and the criteria for participation;
(c)
roles and responsibilities of the operator;
(d)
rules and procedures setting out the rights and liabilities of the operator and participants including the terms and conditions and procedures for dispute resolution;
(e)
description of the system security procedures and implementation;
(f)
fees and charges imposed by the operator, including the detailed breakdown;
P.U. (A) 206 15
(g)
participant recruitment procedures, including underwriting criteria and procedures for approval, and merchant monitoring mechanism;
(h)
measures that ensure the safety, security and operational reliability of the payment system including business continuity and disaster recovery plan and the strategy adopted for system recovery and location of alternative site;
(i)
fraud detection and control mechanism; and
(j)
outsourcing arrangements, if any.
Division 2
Document or information to be submitted by applicant who is a financial institution regulated under the laws enforced by the Bank
The following information and supporting documents relating to the payment system for merchant acquiring services:
(a)
a detailed description of the payment system, including payment flow and settlement arrangements;
(b)
a description of the targeted merchants and the criteria for participation;
(c)
roles and responsibilities of the operator;
(d)
rules and procedures setting out the rights and liabilities of the operator and participants including the terms and conditions and procedures for dispute resolution;
(e)
description of the system security procedures and implementation;
P.U. (A) 206 16
(f)
fees and charges imposed by the operator, including the detailed breakdown;
(g)
participant recruitment procedures, including underwriting criteria and procedures for approval, and merchant monitoring mechanism;
(h)
measures that ensure the safety, security and operational reliability of the payment system including business continuity and disaster recovery plan and the strategy adopted for system recovery and location of alternative site;
(i)
fraud detection and control mechanism; and
(j)
outsourcing arrangements, if any.
SCHEDULE 2
[Paragraph 3]
REQUIREMENTS AND DOCUMENTS OR INFORMATION FOR ADJUSTING BUSINESS
PART 1
Requirements
1.
The applicant is a company incorporated under the Companies Act 1965 with minimum paid-up capital unimpaired by losses of RM150, 000.
2.
The employee of the company that is involved with the adjusting work shall have at least a minimum qualification in loss adjusting from at least one of the recognized professional bodies or degree as follows:
(a)
Associate or Fellow of Chartered Institute of Loss Adjuster;
P.U. (A) 206 17
(b)
Diploma or Associate or Fellow of Malaysian Insurance Institute;
(c)
Associate or Fellow of Chartered Insurance Institute;
(d)
Diploma or Associate or Fellow of Australian Insurance Institute;
(e)
Associate or Fellow of Insurance Institute of Canada;
(f)
Fellow of Life Management Institute;
(g)
Chartered Property & Casualty Underwriter;
(h)
Diploma or Advance Diploma in Business Studies, majoring in
Insurance from MARA University of Technology;
(i)
Degree in risk management;
(j)
Basic or Intermediate Certificate Course in Insurance Loss Adjusting from Malaysian Insurance Institute; or
(k)
any other qualification approved by the Bank.
3.
The shareholder, director or any person concerned with the operation or management of the applicant has not been convicted of an offence under the Act, the repealed Insurance Act 1996 [Act 553] or an offence involving fraud or dishonesty under any other written law.
4.
The shareholder, director or chief executive officer has not been involved in the management or operation of an adjusting company whose license or registration has been revoked, deregistered or has been refused a license by the Bank.
5.
The shareholders, directors, chief executive officer, employees and affiliates including their spouses, children, parents, siblings and other immediate family
P.U. (A) 206 18
members do not have any equity interest or are not employed or associated with any insurer, takaful operator and workshop operator.
PART 2
Submission of documents or information
1.
A certified true copy of its memorandum and articles of association or other constituent documents under which it is established.
2.
A certified true copy of its certificate of incorporation or business registration.
3.
Certified true copy of its latest audited financial statements for a company already in operation.
4.
Form 24 (return on allotment of shares) under the Companies Act 1965.
5.
Form 29 (particulars of directors) under the Companies Act 1965.
6.
Statutory declaration that the applicant has met all requirements specified in
Part 1 of Schedule 2.
7.
The following information and supporting documents on the company and its business:
(a)
the name, place and date of its establishment;
(b)
the names, addresses and identity card or passport numbers of all its directors and chief executive officer;
(c)
the names and addresses of its substantial shareholders, within the meaning of section 69D of the Companies Act 1965, and its related corporations as defined in section 4 of the Companies Act 1965; and
P.U. (A) 206 19
(d)
the names of all adjusting employee with their relevant qualifications.
Made 19 June 2013
[BNM/JUN/1125/50/01; PN(PU2) 718]
TAN SRI DATO’ SRI DR. ZETI AKHTAR AZIZ
Governor
Central Bank of Malaysia