Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Perintah Perkhidmatan Kewangan (Kehendak dan Pengemukaan Dokumen atau
Maklumat) (Perniagaan Berdaftar) 2013 [P.U. (A) 206/2013] dipinda dalam Jadual 1, dalam Bahagian 1, dengan memasukkan selepas butiran 3 butiran yang berikut:
“4.
Jika pemohon bukan institusi kewangan yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank, pemohon itu hendaklah mempunyai dana modal minimum—
(a)
RM300,000, jika amaun sebenar atau unjuran nilai purata transaksi bulanan kurang daripada RM10,000,000; atau
(b)
RM1,000,000, jika amaun sebenar atau unjuran nilai purata transaksi bulanan lebih daripada RM10,000,000.
P.U. (A) 351 3 5.
Bagi maksud subbutiran 4(a) dan (b), istilah “nilai purata transaksi bulanan” hendaklah merujuk kepada pengiraan—
(a)
amaun sebenar yang dikira berdasarkan kepada purata dua belas bulan bergerak; dan
(b)
amaun unjuran yang dikira berdasarkan kepada anggaran amaun purata bulanan bagi tempoh dua belas bulan berikutnya.”.
Dibuat 2 September 2021
[BNM/JUN/1125/50/01; PN(PU2)718/Jld.6]
DATUK NOR SHAMSIAH BINTI MOHD YUNUS
Gabenor
Bank Negara Malaysia
P.U. (A) 351 4
FINANCIAL SERVICES ACT 2013
FINANCIAL SERVICES (REQUIREMENTS AND SUBMISSION OF DOCUMENTS
OR INFORMATION) (REGISTERED BUSINESS) (AMENDMENT) ORDER 2021