Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (PERJANJIAN KEWANGAN YANG LAYAK YANG DITETAPKAN) 2023

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“aset” ertinya komoditi atau apa-apa harta lain, sama ada ketara atau tidak ketara, yang diiktiraf oleh Shariah sebagai yang bernilai, boleh dikenal pasti, boleh diserahkan, dan yang sudah sedia wujud dan dimiliki oleh penjual;

(a)

jual beli aset oleh penjual kepada pembeli atas terma pembayaran tertunda apabila kos perolehan dan keuntungan dizahirkan kepada pembeli sebelum atau semasa transaksi jual beli itu dibuat; dan

(b)

apa-apa perjanjian atau perkiraan yang berfungsi sebagai cagaran kewangan untuk menjamin kewajipan pembayaran yang berbangkit daripada transaksi jual beli aset di bawah perenggan (a);

P.U. (A) 375 3

“peruntukan penghasilan bersih” ertinya peruntukan dalam suatu perjanjian yang memperuntukkan bahawa apabila berlakunya hal yang ditentukan oleh pihak-pihak dalam perjanjian itu, semua obligasi yang terhutang oleh satu pihak kepada pihak yang lain di bawah semua transaksi dikurangkan kepada atau digantikan dengan amaun bersih tunggal mengikut perjanjian itu;

“transaksi patuh Shariah” ertinya suatu transaksi yang mematuhi apa-apa keputusan Majlis Penasihat Shariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 51 Akta

Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701].

Perjanjian kewangan yang layak yang ditetapkan

Section 2 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (PERJANJIAN KEWANGAN YANG LAYAK YANG DITETAPKAN) 2023