Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Apabila diminta oleh Suruhanjaya, pengendali pelayaran tetap hendaklah menjadikan tersedia kepada Suruhanjaya apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan perkhidmatan pelayaran tetap atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh pengendali pelayaran tetap itu di bawah Perjanjian Perkongsian Vesel yang kepadanya pengendali pelayaran tetap itu menjadi pihak, dalam apa-apa bentuk, mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2)
Pengendali pelayaran tetap itu hendaklah menjadikan tersedia dokumen atau maklumat yang disebut di bawah subseksyen (1)—
(a)
di pejabat pengendali pelayaran tetap itu atau ejennya di Malaysia;
dan
(b)
secara umum dalam laman sesawang internet.
Pembatalan pengecualian blok