Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PERSAINGAN (PENGECUALIAN BLOK BAGI PERJANJIAN PERKONGSIAN VESEL BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN PELAYARAN TETAP MELALUI PENGANGKUTAN LAUT) 2019

Seksyen 4

Syarat pengecualian blok

Pengecualian blok yang diberikan di bawah perenggan 3 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

Perjanjian Perkongsian Vesel itu hendaklah—

(i)

hanya bagi perkongsian vesel, pengendalian bersama bagi perkhidmatan vesel, atau pertukaran atau pencarteran ruang vesel, antara pengendali-pengendali pelayaran tetap;

(ii)

bagi suatu tempoh yang munasabah; dan

(iii)

membenarkan setiap pengendali pelayaran tetap membuat apa-apa kontrak sulit dan menawarkan apa-apa perkiraan dan harga bagi perkhidmatan pelayaran tetapnya melalui pengangkutan laut; dan 4

(b)

Perjanjian Perkongsian Vesel itu tidak boleh—

(i)

termasuk apa-apa pengangkutan darat bagi pembawaan barangan yang merupakan sebahagian daripada pengangkutan terus yang disediakan oleh penyedia logistik, penghantar, pengendali depot, pemandu lori, pengendali kereta api, penyedia perkhidmatan penyatuan kemudahan luar dok, dan penyedia perkhidmatan penyimpanan luar dok dan pergudangan;

(ii)

mengandungi apa-apa unsur penetapan harga, pengesyoran harga atau pengenaan tarif, oleh mana-mana orang ke atas pengguna pengangkutan; dan

(iii)

menghendaki penzahiran apa-apa maklumat sulit berkenaan dengan perkiraan bagi perkhidmatan pelayaran tetap melalui pengangkutan laut kepada mana-mana pengguna pengangkutan oleh mana-mana pengendali pelayaran tetap.

Obligasi di bawah pengecualian blok

Section 4 — PERINTAH PERSAINGAN (PENGECUALIAN BLOK BAGI PERJANJIAN PERKONGSIAN VESEL BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN PELAYARAN TETAP MELALUI PENGANGKUTAN LAUT) 2019