Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis kepada pengendali pelayaran tetap, membatalkan pengecualian blok yang diberikan di bawah perenggan 3 jika—
(a)
apa-apa pindaan yang dibuat kepada Perjanjian Perkongsian Vessel yang melanggar apa-apa syarat yang dikenakan di bawah perenggan 4;
(b)
terdapat suatu kegagalan untuk mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan di bawah perenggan 5 dan 6; atau
(c)
Suruhanjaya berpendapat bahawa Perjanjian Perkongsian Vesel itu bukan suatu perjanjian yang baginya seksyen 5 Akta terpakai.
(2)
Pembatalan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah subperenggan (1)
hendaklah berkuat kuasa—
(a)
dalam hal subsubperenggan (1)(a) atau (b), dari tarikh pelanggaran syarat atau kegagalan mematuhi obligasi yang dikenakan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b)
dalam hal subsubperenggan (1)(c), dari tarikh yang ditentukan oleh
Suruhanjaya dalam notis itu.
Dibuat 12 November 2019
[KPDN(BUU); PN(PU2)724]
DATO’ SERI MOHD HISHAMUDIN MOHD YUNUS
Pengerusi
Suruhanjaya Persaingan
7
COMPETITION ACT 2010
COMPETITION (BLOCK EXEMPTION FOR VESSEL SHARING AGREEMENTS IN RESPECT
OF LINER SHIPPING SERVICES THROUGH TRANSPORTATION BY SEA) ORDER 2019