Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Syarat pengecualian blok
Pengecualian blok yang diberikan di bawah perenggan 3 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
Perjanjian Perkongsian Vesel itu hendaklah—
(i)
hanya bagi perkongsian vesel, pengendalian bersama bagi perkhidmatan vesel, atau pertukaran atau pencarteran ruang vesel, antara pengendali-pengendali pelayaran tetap;
(ii)
bagi suatu tempoh yang munasabah;
(iii)
membenarkan setiap pengendali pelayaran tetap membuat apa-apa kontrak sulit dan menawarkan apa-apa perkiraan dan harga bagi perkhidmatan pelayaran tetapnya melalui pengangkutan laut; dan
(iv)
memastikan setiap pengendali pelayaran tetap memperuntukkan kapasiti ruang vesel yang mencukupi sebagai tindak balas kepada naik
P.U. (A) 95 4
turun dalam penawaran dan permintaan, yang mungkin diperlukan untuk operasi perkhidmatan bersama di mana-mana pelabuhan di Malaysia; dan
(b)
Perjanjian Perkongsian Vesel itu tidak boleh—
(i)
termasuk apa-apa pengangkutan darat bagi pembawaan barangan yang merupakan sebahagian daripada pengangkutan terus yang disediakan oleh penyedia logistik, penghantar, pengendali depot, pemandu lori, pengendali kereta api, penyedia perkhidmatan penyatuan kemudahan luar dok, dan penyedia perkhidmatan penyimpanan luar dok dan pergudangan;
(ii)
mengandungi apa-apa unsur penetapan harga, pengesyoran harga atau pengenaan tarif, oleh mana-mana orang ke atas pengguna pengangkutan;
(iii)
menghendaki penzahiran apa-apa maklumat sulit berkenaan dengan perkhidmatan pelayaran tetap melalui pengangkutan laut kepada mana-mana pengguna perkhidmatan pelayaran tetap; dan
(iv)
menghendaki mana-mana pihak kepada perjanjian untuk mematuhi secara mandatori apa-apa tarif atau mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkenaan dengan perkhidmatan pelayaran tetap kepada pihak lain.
Obligasi di bawah pengecualian blok