Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Syarat pengecualian blok
Pengecualian blok yang diberikan di bawah perenggan 3 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
berhubung dengan suatu Perjanjian Perkongsian Vesel, perjanjian itu—
(i)
hendaklah hanya bagi perkongsian vesel, pengendalian bersama bagi perkhidmatan vesel, atau pertukaran atau pencarteran ruang vesel, antara pengendali-pengendali pelayaran tetap;
(ii)
tidak boleh termasuk apa-apa pengangkutan barangan pedalaman yang merupakan sebahagian daripada pengangkutan terus seperti perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia logistik, penghantar, pengendali depot, pemandu lori, pengendali kereta api, penyedia perkhidmatan kemudahan penyatuan luar dok, dan penyedia perkhidmatan penyimpanan luar dok dan pergudangan;
(iii)
hendaklah bagi suatu tempoh yang munasabah;
(iv)
tidak boleh mengandungi apa-apa unsur penetapan harga, pengesyoran harga atau pengenaan tarif, oleh mana-mana orang ke atas pengguna pengangkutan;
(v)
tidak boleh menghendaki penzahiran apa-apa maklumat sulit berkenaan dengan perkiraan bagi perkhidmatan pelayaran tetap kepada mana-mana pengguna pengangkutan oleh mana-mana pengendali pelayaran tetap; dan
(vi)
hendaklah membenarkan setiap pengendali pelayaran tetap untuk membuat apa-apa kontrak sulit dan untuk menawarkan apa-apa perkiraan dan harga bagi perkhidmatan pelayaran tetapnya; dan
P.U. (A) 195 5
(b)
berhubung dengan suatu Perjanjian Perbincangan Sukarela, perjanjian itu—
(i)
hendaklah hanya bagi perkongsian maklumat yang berhubungan dengan industri perkapalan dan tidak terikat ke atas pengendali-pengendali pelayaran tetap itu;
(ii)
tidak boleh termasuk apa-apa pengangkutan barangan pedalaman yang merupakan sebahagian daripada pengangkutan terus seperti perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia logistik, penghantar, pengendali depot, pemandu lori, pengendali kereta api, penyedia perkhidmatan kemudahan penyatuan luar dok, dan penyedia perkhidmatan penyimpanan luar dok dan pergudangan;
(iii)
hendaklah bagi suatu tempoh yang munasabah;
(iv)
tidak boleh mengandungi apa-apa unsur penetapan harga, pengesyoran harga atau pengenaan tarif, oleh mana-mana orang ke atas pengguna pengangkutan;
(v)
tidak boleh mengenakan apa-apa penalti ke atas mana-mana pengendali pelayaran tetap yang menyimpang daripada apa-apa terma perjanjian itu atau menarik diri daripada perjanjian itu;
(vi)
hendaklah membenarkan mana-mana pengendali pelayaran tetap untuk menarik diri daripada perjanjian itu dengan memberikan notis dalam tempoh yang munasabah kepada pengendali pelayaran tetap yang lain;
(vii)
tidak boleh menghendaki penzahiran apa-apa maklumat sulit berkenaan dengan perkiraan bagi perkhidmatan pelayaran tetap kepada mana-mana pengguna pengangkutan oleh mana-mana pengendali pelayaran tetap; dan
P.U. (A) 195 6
(viii)
hendaklah membenarkan setiap pengendali pelayaran tetap untuk membuat apa-apa kontrak sulit dan untuk menawarkan apa-apa perkiraan dan harga bagi perkhidmatan pelayaran tetapnya.
Obligasi di bawah pengecualian blok