Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (SES) 2020
Seksyen 4
Cara pembayaran dan pungutan ses
(1)
Bagi maksud pembayaran ses ke atas getah yang dikeluarkan, ses yang dikenakan dalam mana-mana bulan hendaklah dibayar kepada dan dipungut oleh
Pihak Berkuasa tidak lewat dari hari terakhir bulan berikutnya─
(a)
daripada mana-mana pengilang getah;
(b)
daripada mana-mana orang yang membawa keluar getah asli dari
Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak; dan
(c)
daripada mana-mana orang yang mengeksport getah.
(2)
Bagi maksud pembayaran ses ke atas getah asli yang dipindahkan keluar dari
Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak dan getah yang dieksport, ses yang dikenakan hendaklah dibayar dan dipungut di port-port eksport yang ditetapkan di bawah subperaturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kastam 1977 [P.U. (A) 162/1977].
Pembatalan