Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN JADUAL 1) 2005

Seksyen 2

Pindaan Jadual 1

(a)

dalam perenggan 6, dengan memasukkan selepas perkataan "Akta Perindustrian Sekuriti 1983" perkataan "atau mana-mana bursa lain di luar Malaysia yang diiktiraf di bawah kaedah-kaedah suatu bursa yang diluluskan oleh Menteri menurut subseksyen 8(2) Akta Perindustrian Sekuriti 1983";

(b)

dalam perenggan 12, dengan memasukkan selepas perkataan "yang dibuat kepada pemegang sedia ada bagi sekuriti itu" perkataan "atau yang dibuat kepada seseorang yang termasuk dalam perenggan 9, 10 atau 11 Jadual 2"; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan 15 perenggan yang berikut: "16. Semua dagangan debentur dan sekuriti Islam dalam denominasi matawang asing yang dilaksanakan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.".

Dibuat 7 September 2005 [KK/BPKA/K2/(S)/483/1/5; PN(PU $ ^{2} $ )523/III]

TAN SRI NOR MD BIN YAKCOP

Menteri Kewangan Kedua

SECURITIES COMMISSION ACT 1993

SECURITIES COMMISSION (AMENDMENT OF SCHEDULE 1) ORDER 2005

Section 2 — PERINTAH SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN JADUAL 1) 2005