Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG) (PINDAAN) 2024

Seksyen 3

Pindaan seksyen 57

(a)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “satu tahun”

dengan perkataan “satu tahun akademik”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(5A)

Walau apa pun subseksyen (5), Lembaga boleh mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian MPP dan pemegang jawatannya.”;

(c)

dengan memotong subseksyen (11);

P.U. (A) 278 3

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (11) sebagaimana yang dipotong subseksyen yang berikut:

“(11A) Universiti boleh menubuhkan apa-apa kumpulan wang atau memiliki apa-apa harta untuk diuruskan atau disenggara oleh MPP mengikut tatacara kewangan Universiti.

(11B)

Walau apa pun subseksyen (11A), MPP boleh, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, menubuhkan, menguruskan atau menyenggara apa-apa kumpulan wang mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat oleh Lembaga.”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (12) subseksyen yang berikut:

“(12A) Bagi maksud seksyen 15A Akta, Lembaga boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan cara bagi pembuatan atau penganjuran atau pengambilan bahagian dalam pungutan wang atau penerimaan wang atau sumbangan lain oleh MPP.”.

Dibuat 1 Oktober 2024

[KPT.PUU(S).100-1/21/1(11); PN(PU2)75Q/JLD.5]

Dengan Titah Perintah

DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABD KADIR

Menteri Pendidikan Tinggi

P.U. (A) 278 4

UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971

UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES

(CONSTITUTION OF THE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG)

(AMENDMENT) ORDER 2024

Section 3 — PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG) (PINDAAN) 2024