Malaysia legislation

Section 21

of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017

Seksyen 21

(1)

Universiti hendaklah dibahagikan kepada beberapa Kolej,

Pusat Pengajian, Fakulti, Pusat, Akademi dan Institut mengikut namanya masing-masing yang ditetapkan melalui Statut.

(2)

Universiti boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa

Pengajian, menubuhkan jabatan atau unit atau badan lain berkenaan dengan mana-mana Kolej, Pusat Pengajian, Fakulti, Pusat, Akademi dan

Institut.

(3)

Sesuatu Kolej, Pusat Pengajian, Fakulti, Pusat, Akademi dan

Institut hendaklah bertanggungjawab kepada Senat bagi penyusunan pengajaran dalam mata pelajaran pengajian dalam bidang kuasa Kolej,

Pusat Pengajian, Fakulti, Pusat, Akademi atau Institut itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan boleh menjalankan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepadanya melalui

Statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan.

(4)

Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan guru setiap Kolej, Pusat Pengajian atau Fakulti, melantik seorang Penolong

Naib Canselor, Dekan atau Timbalan Dekan setiap Kolej, Pusat Pengajian atau Fakulti. Lembaga hendaklah dimaklumkan tentang pelantikan itu dengan seberapa segera yang boleh. Penolong Naib Canselor atau Dekan hendaklah menjadi pengerusi Kolej, Pusat Pengajian atau Fakulti dan hendaklah menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan; dan jika

Penolong Naib Canselor atau Dekan tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya oleh sebab bercuti atau atas apa-apa sebab lain, maka adalah sah bagi Dekan atau Timbalan Dekan atau mana-mana pegawai kanan lain yang dilantik oleh Naib Canselor untuk menjalankan

“Kolej,

Pusat

Pengajian,

Fakulti,

Pusat,

Akademi dan

Institut

P.U. (A) 286 20

kewajipan Penolong Naib Canselor atau Dekan itu selama tempoh ketidakupayaan itu berterusan.

(5)

Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan guru setiap Kolej, Pusat Pengajian atau Fakulti, melantik seseorang sebagai ketua atau timbalan ketua sesuatu Pusat, Akademi atau Institut. Lembaga hendaklah dimaklumkan tentang pelantikan itu dengan seberapa segera yang boleh. Ketua atau timbalan ketua itu hendaklah diberi gelaran sebagaimana yang ditetapkan oleh

Statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan; dan jika ketua sesuatu Pusat, Akademi atau Institut tidak berupaya menjalankan kewajipannya oleh sebab bercuti atau atas apa-apa sebab lain, Naib Canselor boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Statut, melantik mana-mana orang untuk menjalankan kewajipan itu selama tempoh ketidakupayaan itu berterusan.

(6)

Penolong Naib Canselor, Dekan atau Timbalan Dekan, ketua atau timbalan ketua yang dilantik di bawah subseksyen (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilantik selama tempoh tidak melebihi empat tahun, tetapi adalah layak dilantik semula.

(7)

Walau apa pun subseksyen (6), Naib Canselor boleh, jika difikirkannya patut, membatalkan apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (4) atau (5) pada bila-bila masa dalam tempoh pelantikan itu dan Lembaga hendaklah dimaklumkan tentang pembatalan pelantikan itu dengan seberapa segera yang boleh.”.

Pindaan seksyen 22

Section 21 — PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017