Malaysia legislation
Section 56
of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017
Seksyen 56
(1)
Jika
Lembaga berpendapat bahawa mana-mana mahasiswa Universiti atau mana-mana orang yang telah menerima sesuatu ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain daripada Universiti bersalah atas perbuatan skandal, maka adalah sah bagi Canselor, dengan sokongan tidak kurang daripada dua pertiga daripada semua ahli Lembaga, selepas memberikan peluang untuk didengar kepada mahasiswa itu atau orang yang berkenaan, untuk melucutkan apa-apa ijazah, diploma, sijil atau kepujian akedemik lain yang diberikan kepadanya oleh Universiti.
(2)
Perbuatan skandal dalam subseksyen (1)
ertinya dengan sengaja memberi mana-mana pegawai, pekerja atau
Pihak
Berkuasa
Universiti apa-apa maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material untuk mendapatkan ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain daripada
Universiti itu.
P.U. (A) 286 35
Pindaan Jadual