Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974

Seksyen 10

(a)

apabila diterima suatu pemberitahuan secara bertulis daripada orang yang atas permohonannya racun makhluk perosak itu didaftarkan, dan setelah berpuas hati, bahawa racun makhluk perosak itu telah ditarik balik daripada jualan atau penggunaan;

(b)

jika Lembaga menganggapnya tidak wajar bahawa racun makhluk perosak itu terus didaftarkan kerana keracunannya, ketidakmujarabannya atau kemudaratannya terhadap manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau harta;

(c)

jika racun makhluk perosak itu tidak menepati apa-apa yang dikatakan ia mempunyainya pada labelnya;

(d)

jika labelnya tidak mematuhi kehendak Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan;

Racun Makhluk Perosak 23

(e)

jika mana-mana syarat yang tertakluk pada mana racun makhluk perosak itu didaftarkan telah tidak dipatuhi;

(f)

jika Lembaga mendapati bahawa sesuatu daripada perkara yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen 7(2) adalah tidak benar pada mana-mana butir material; atau

(g)

jika Lembaga berpuas hati bahawa racun makhluk perosak itu telah tidak digunakan lagi.

(2)

Sebelum memerintahkan pembatalan pendaftaran sesuatu racun makhluk perosak atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1), selain alasan dalam perenggan (1)(a) itu, Lembaga hendaklah, dengan notis secara bertulis, memberi orang yang atas permohonannya racun makhluk perosak itu didaftarkan suatu peluang untuk menunjukkan sebab mengapa perintah itu tidak patut dibuat, dan sementara menunggu perintah sedemikian dibuat semua penjualan, pengimportan atau pengilangan racun makhluk perosak itu oleh orang itu hendaklah digantung dari tarikh penerimaan notis itu olehnya.

Orang yang mendaftar hendaklah memberitahu Lembaga mengenai kesan buruk racun makhluk perosak