Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Cara mengambil contoh
(2)
Pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah selepas itu membahagikan contoh itu kepada tiga bahagian yang lebih kurang sama besarnya dan hendaklah menandakan, dan mengelak atau mengikat, mengikut cara yang dibenarkan oleh jenis contoh itu, setiap bahagian sedemikian dan hendaklah menawarkan satu daripada bahagian itu kepada penjual atau ejen atau penjawatnya atau seorang yang nampaknya memiliki, menjaga atau mengawal umpukan yang daripadanya contoh itu telah diambil atau diperoleh.
(3)
Pegawai yang diberi kuasa hendaklah kemudiannya menyerahkan, sama ada secara sendiri, melalui pos berdaftar atau perkhidmatan kiriman cepat, suatu lagi bahagian itu kepada seorang
Ahli Cerakinan, dan hendaklah menyimpan bahagian yang lagi satu itu untuk perbandingan atau penggunaan pada masa hadapan.
(4)
Jika bahan itu adalah dalam bungkusan kecil, kehendak seksyen ini hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika pegawai yang diberi kuasa itu mengambil atau memperoleh tiga bungkusan yang belum dibuka bahan itu dan menguruskan bungkusan itu seolah-olah bungkusan itu ialah tiga bahagian yang contoh itu dikehendaki dibahagikan.
Masa untuk memulakan cerakinan