Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Mahkamah boleh memerintahkan cerakinan
Jika sesuatu contoh telah diuruskan mengikut seksyen 35, mahkamah yang di hadapannya seseorang didakwa kerana suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan hendaklah, atas permintaan sama ada pendakwa atau tertuduh, dan boleh, jika difikirkannya patut tanpa permintaan itu, memerintahkan supaya bahagian contoh yang disimpan oleh pegawai yang diberi kuasa itu dikemukakan kepada seorang Ahli Cerakinan lain supaya dicerakinkan.