Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(2)
Jika sesuatu kaedah-kaedah cerakinan telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini bagi mencerakinkan mana-mana makanan atau racun makhluk perosak, seseorang Ahli Cerakinan, sama ada pada pihak pendakwa atau pada pihak tertuduh, hendaklah mengikuti, dan hendaklah dalam perakuannya mengaku bahawa dia telah mengikuti, cara yang ditetapkan dalam cerakinannya.
Racun Makhluk Perosak 47
(3)
Suatu salinan perakuan cerakinan suatu contoh mana-mana makanan atau racun makhluk perosak yang diambil atau diperoleh oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh, apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, diperoleh daripada Ahli Cerakinan yang berkenaan oleh penjual makanan atau racun makhluk perosak itu atau ejen atau penjawatnya, atau oleh orang yang memiliki, menjaga atau mengawal umpukan yang daripadanya contoh itu telah diambil atau diperoleh.
Perakuan Ahli Cerakinan hendaklah menjadi keterangan prima facie