Malaysia legislation

Section 48

of *AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974

Seksyen 48

Jika, dalam sesuatu pendakwaan bagi suatu kesalahan terhadap

Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, kesalahan itu dibuktikan berkenaan dengan suatu contoh apa-apa bahan, kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dibuktikan berkenaan dengan keseluruhan umpukan yang daripadanya contoh itu telah diambil atau diperoleh atau berkenaan dengan kesemua bahan itu yang dibeli, diambil atau diperoleh pada masa yang sama dengan contoh itu.