Malaysia legislation

Section 57

of *AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974

Seksyen 57

Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan

(a)

menentukan tatacara yang hendaklah diikuti dan borang yang hendaklah digunakan pada membuat permohonan di bawah Akta ini dan bayaran yang kena dibayar baginya;

(b)

membuat peruntukan secara am bagi perkara yang berkaitan dengan pendaftaran, pelesenan dan pengeluaran permit;

(c)

menentukan tatacara bagi rayuan dan menunjukkan sebab di bawah Akta ini;

(d)

menetapkan cara menguji dan mencerakinkan contoh sesuatu makanan atau racun makhluk perosak;

(e)

menetapkan langkah yang hendaklah diambil dan amalan yang hendaklah diikuti atau dielakkan oleh pengilang dan

Racun Makhluk Perosak 57

majikan bagi perlindungan, keselamatan dan kebajikan pekerja mereka yang terlibat dalam pengilangan atau pengendalian racun makhluk perosak, termasuk—

(i)

peruntukan pakaian perlindungan, alat kelengkapan dan kemudahan bagi pekerja;

(ii)

peruntukan kemudahan bagi pekerja mendapatkan pemeriksaan perubatan;

(iii)

peruntukan kemudahan bagi memastikan pekerja mendapat rawatan pertolongan cemas;

(iv)

memberi pekerja panduan dan latihan dalam mengilang atau dalam mana-mana proses mengilang, dan mengendalikan, racun makhluk perosak; dan

(v)

langkah yang hendaklah diambil dalam hal keracunan melalui pengunaan atau pengendalian racun makhluk perosak oleh pekerja;

(f)

menentukan kehendak yang hendaklah dipatuhi dalam mengangkut racun makhluk perosak secara pukal;

(g)

menetapkan cara menyimpan atau menaruh racun makhluk perosak;

(h)

menetapkan cara melabelkan dan mempek racun makhluk perosak, perkara yang hendaklah ditunjukkan pada label racun makhluk perosak, dan orang yang bertanggungan bagi pelanggaran berkenaan dengan melabel dan mempek;

(i)

membuat peruntukan bagi mencelup atau mewarnakan racun makhluk perosak tertentu;

(j)

membuat peraturan-peraturan mengenai cara penggunaan racun makhluk perosak tertentu dan langkah keselamatan

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 149

yang hendaklah diambil berkenaan dengannya;

(k)

dengan tujuan untuk melindungi orang daripada bahaya berkaitan dengan pengasapan, penyemburan atau apa-apa cara rawatan lain premis dan barang, termasuk kapal dan kenderaan, dan pengasapan, penyemburan, atau rawatan bagi maksud pertanian, dengan suatu racun makhluk perosak—

(i)

membuat peraturan-peraturan secara am bagi pengasapan, penyemburan, atau rawatan itu;

(ii)

membuat peraturan-peraturan bagi cara yang racun makhluk perosak itu hendaklah dihasilkan atau dipakai dan menghendaki supaya dicampurkan dengannya apa-apa bahan;

(iii)

melarang dijalankan pengasapan, penyemburan, atau rawatan kecuali oleh atau di bawah penyeliaan orang yang mempunyai latihan atau pengalaman itu dan oleh apa-apa bilangan orang sebagaimana dinyatakan;

(iv)

melarang dijalankan pengasapan, penyemburan, atau rawatan kecuali oleh orang yang diberikan lesen untuk menjalankannya;

(v)

membuat peraturan-peraturan bagi pengeluaran, penggantungan, atau pembatalan lesen untuk menjalankan pengasapan, penyemburan, atau rawatan dan bagi terma dan syarat yang tertakluk pada lesen itu boleh dikeluarkan dan bayaran yang hendaklah dikenakan baginya;

(vi)

membuat peraturan-peraturan bagi melupuskan hampas apa-apa bahan yang digunakan dalam pengasapan, penyemburan, atau rawatan itu;

(vii)

mengenakan sekatan sementara mengenai penggunaan mana-mana premis, barang, kapal atau

Racun Makhluk Perosak 59

kenderaan dan menghendaki supaya apa-apa ujian sebagaimana yang dinyatakan dijalankan selepas pengasapan, penyemburan, atau rawatan itu;

(1)

membuat peraturan-peraturan bagi pengiklanan racun makhluk perosak;

(m)

membuat peruntukan bagi mengawal racun makhluk perosak yang diimport di bawah suatu permit di bawah seksyen 14;

(n)

membuat peraturan-peraturan mengenai cara Pegawai

Pelesenan Racun Makhluk Perosak, Ahli Cerakinan, dan pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini menjalankan kewajipan;

(o)

menetapkan bayaran yang kena dibayar di bawah Akta ini;

(oa) membuat peraturan-peraturan mengenai pengeksportan racun makhluk perosak; dan

(p)

menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan di bawah

Akta ini.

(2)

Jika sesuatu penentuan standard berkenaan dengan suatu racun makhluk perosak telah diisytiharkan di bawah seksyen 28 Akta

Institut

Piawaian dan

Penyelidikan

Perindustrian

Malaysia

(Perbadanan) 1975, Lembaga, pada membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan di bawah subseksyen (1) yang menetapkan label atau bungkusan racun makhluk perosak itu, hendaklah, sebagai tambahan kepada perkara lain, menimbangkan kehendak berkaitan penentuan standard dan keperluan atau selainnya menerima pakai mana-mana atau semua kehendak itu.

(3)

Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh membuat peruntukan bagi anggapan, yang boleh dipatahkan, untuk memudahkan pembuktian perbuatan atau peninggalan yang menjadi suatu kesalahan di bawahnya.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 149

(4)

Jika mana-mana prosiding atau pendakwaan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan atau dalam pentadbirannya, suatu soalan atau pertikaian berbangkit mengenai betulnya atau kebolehterimaan keputusan suatu ujian atau cerakinan mana-mana bahan atau suatu contoh daripadanya, keputusan yang didapati daripada suatu ujian atau cerakinan yang dijalankan secara yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dikira dan diterima sebagai keputusan yang betul.

Pindaan Jadual

Section 57 — PESTICIDES ACT 1974 | mylaw.my