Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Kuasa inspektor
(2)
Mana-mana inspektor boleh menghendaki mana-mana pengetin berdaftar untuk membuka apa-apa bungkusan dan boleh mengalihkan dari mana-mana kilang mengetin berdaftar apa-apa tin yang mengandungi, berupa atau disyaki mengandungi nanas bertin dan tidak bertanggungan bagi apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dalam membuka atau menutup semula bekas atau bungkusan bagi pemeriksaan atau bagi apa-apa kerugian, kehilangan, kerosakan atau kelengahan yang disebabkan olehnya.
(3)
Inspektor itu hendaklah mengakui secara bertulis penerimaan semua sampel yang diambil olehnya bagi pemeriksaan dan Lembaga hendaklah, jika diminta berbuat demikian, membayar bagi sampel itu pada harga pasaran sebagaimana yang diberitahu oleh persatuan perwakilan bagi cawangan pengetinan bagi industri nanas:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi sampel rutin sebagaimana yang seseorang inspektor berhak mengambil tanpa bayaran di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(4)
Tiap-tiap orang yang didaftarkan sewajarnya di bawah Akta ini hendaklah, atas permintaan oleh Ketua Inspektor, mengemukakan
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 427
bagi pemeriksaan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang dinyatakan olehnya apa-apa buku dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki disenggarakan olehnya bagi maksud
Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
(5)
Mana-mana inspektor yang memasuki mana-mana premis atau tempat dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini hendaklah mengemukakan bagi pemeriksaan orang yang bertanggungjawab bagi premis atau tempat itu, atau, semasa ketiadaannya, kepada ejen orang itu, pembenarannya bagi kemasukan sedemikian. Apa-apa pembenaran sedemikian hendaklah dilekatkan dengan suatu fotograf inspektor yang kepadanya ia dikeluarkan.
(6)
Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang atau menggalang mana-mana inspektor menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Pelantikan jawatankuasa