Malaysia legislation

Section 2

of PKgn011y2003.pdf

Seksyen 2

Permohonan-permohonan mestilah dibuat dalam empat salinan dengan borang yang telah disediakan (Borang Baru) kepada Pengerusi Lembaga Pelesen (Eksais) d/a Pejabat Daerah Perak Tengah, Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar pada atau sebelum 01 Jun 2003. Permohonan-permohonan bagi lesen baru hendaklah dihantar bersama-sama salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan yang sah. Tiap-tiap pemohon lesen baru hendaklah melekatkan satu salinan permohonannya di kedai yang hendak dilesenkan tidak kurang dari tiga minggu sebelum tarikh perjumpaan dan selain dari itu hendaklah diiklankan permohonannya di dalam surat khabar "The New Straits Times" dengan perbelanjaan sendiri.

PEJABAT DAERAH PERAK TENGAH,

KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH PERAK TENGAH,

SERI ISKANDAR.

Bertarikh 1 April 2003. [PD.PK.TGH.(A)1/1 JLD.3.]

AHMAD TERMIZI BIN HJ. PUTEH Pegawai Daerah, Perak Tengah

KANUN TANAH NEGARA (Akta 56 tahun 1965)

NATIONAL LAND CODE (Act 56 of 1965)

No. 364.

(Subseksyen 62(1))

MERIZAB TANAH BAGI MAKSUD KEGUNAAN AWAM