Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
1.2 Pengiktirafan Pendapatan
i. Hasil Kendalian/Operasi
Hasil daripada kendalian/operasi seperti cukai taksiran am, sewaan kecuali sewa dewan, padang, gelanggang dan peralatan dan faedah akan diiktiraf sebagai pendapatan di dalam tahun semasa dengan menggunakan asas akruan. Manakala hasil kendalian/operasi selain daripada yang tersebut di atas diiktiraf berdasarkan asas tunai.
ii. Terimaan Bukan Hasil
Pendapatan-pendapatan lain seperti bantuan dan sumbangan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan atau lain-lain pendapatan yang berkelaziman atau di bawah kehendak mana-mana Akta dan arahan akan diiktirafkan secara akruan di mana perlu.