Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Tiada apa-apa perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat melainkan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa peruntukan-peruntukan yang memadai telah atau akan dibuat dengan segera dalam undang-undang wilayah yang tersebut dahulu itu―
(a)
bagi menguatkuasakan di dalam wilayah tersebut apa-apa kontrak perkhidmatan yang dibuat di antara anggota Polis
Diraja Malaysia dan Kerajaan Malaysia;
(b)
bagi memberi kepada pegawai polis Polis Diraja Malaysia yang berkhidmat di dalam wilayah tersebut di bawah seksyen ini kuasa dan tugas pegawai polis di dalam wilayah tersebut; dan
(c)
bagi memastikan bahawa layanan bersaling diberi kepada
Kerajaan Malaysia.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada seorang pun pegawai polis boleh dihantar ke luar Malaysia di bawah Bahagian ini melainkan Menteri berpuas hati bahawa perkiraan wajar telah dibuat bagi perkhidmatan pegawai polis Malaysia dengan pihak berkuasa wilayah yang tersebut dahulu.
Polis 17
Pegawai yang berkhidmat di luar Malaysia hendaklah tertakluk kepada Akta ini