Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Layanan bersaling
(2)
Apabila, mana-mana anggota pasukan polis suatu wilayah lain, menurut subseksyen (1), berada di dalam Malaysia, apa-apa kontrak perkhidmatan yang dibuat di antara mana-mana anggota badan itu dan Kerajaan wilayah itu boleh dikuat kuasa di dalam
Malaysia dengan cara yang sama dan dengan efek yang sama seolah-olah kontrak itu telah dibuat di antara anggota itu dan
Kerajaan Malaysia.
(3)
Mana-mana anggota pasukan polis suatu wilayah lain yang berada dalam Malaysia sebagaimana tersebut dahulu hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan kuasa, dan hendaklah bertanggungan bagi melaksanakan tugas, seorang pegawai polis
Pasukan; dan anggota pasukan polis wilayah itu hendaklah tertakluk kepada kawalan keseluruhan seorang pegawai kanan polis Pasukan.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 344