Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Maka hendaklah dilantik seorang Timbalan Ketua Polis
Negara yang adalah seorang pegawai polis dan hendaklah berada di bawah arahan Ketua Polis Negara.
(3)
Timbalan Ketua Polis Negara hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberi kepada seorang Pesuruhjaya atau seorang Ketua
Pegawai Polis.
(4)
Mana-mana perbuatan atau perkara yang boleh dilakukan, diperintahkan atau dilaksanakan oleh Ketua Polis Negara di bawah undang-undang ini atau di bawah mana-mana undang-undang yang lain boleh, tertakluk kepada perintah dan arahannya, dilakukan, diperintahkan atau dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara,
Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya Kanan, atau Penolong Pesuruhjaya yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Ketua Polis Negara; dan sekiranya dia berada di luar Malaysia atau tidak berupaya menjalankan tugasnya atau sedang bercuti, fungsi Ketua Polis Negara di bawah undang-undang ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain bolehlah dijalankan oleh Timbalan Ketua Polis Negara atau mana-mana pegawai polis lain yang berpangkat tidak rendah daripada
Pesuruhjaya yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong.
Polis 13
Pelantikan Ketua Polis Negara, dll.