Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA POLIS 1967

Seksyen 8

(2)

Seseorang pegawai polis tambahan hendaklah disifatkan sebagai di bawah perjanjian untuk berkhidmat dari sebulan ke sebulan, setiap perjanjian tersebut bermula pada satu hari bulan dan tamat pada hari terakhir pada tiap-tiap bulan yang berturutan.

(3)

Seseorang pegawai polis tambahan boleh dilepaskan atau boleh meletak jawatan dengan diberi atau dengan memberi satu bulan notis bertulis oleh atau kepada Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis.

(4)

Seseorang pegawai polis tambahan hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa dan keistimewaan, dan hendaklah tertakluk kepada kuasa dan disiplin yang sama sebagai, seorang anggota Pasukan yang mempunyai pangkat yang bersamaan, dan hendaklah mematuhi semua arahan yang sah berkenaan dengan pelaksanaan tugasnya yang mungkin diterimanya dari semasa ke semasa daripada pegawai atasannya.

Konstabel penjaga