Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
(b)
apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dari semasa ke semasa dipinjamkan kepada Lembaga oleh Kerajaan;
(c)
wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang itu;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 145 10
(d)
semua jumlah wang atau harta yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada Lembaga atau diletakhakkan pada Lembaga mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan kuasa dan kewajipannya;
(e)
apa-apa pemberian sukarela kepada Lembaga atau kepada
Politeknik.
(3)
Semua wang yang dibayar kepada Lembaga atau Politeknik hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Politeknik bagi segala atau mana-mana daripada maksud Politeknik mengikut anggaran yang diluluskan oleh Menteri.
(4)
Menjadi kewajipan Lembaga untuk menyenggara Kumpulan
Wang itu dengan menjalankan dan melaksanakan fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya dapat memastikan jumlah hasil Lembaga mencukupi untuk menampung semua jumlah wang yang kena dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya.
(5)
Kumpulan Wang itu boleh diletakkan sebagai deposit dengan suatu bank dalam Malaysia yang memegang suatu lesen yang sah di bawah peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989
[Akta 372] atau dilaburkan dalam sekuriti Kerajaan atau apa-apa sekuriti lain sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh
Menteri Kewangan.
Anggaran Tahunan