Malaysia legislation

Section 16

of AKTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 1974

Seksyen 16

Pelantikan, kuasa dan kewajipan Pengetua

(2)

Pengetua hendaklah menjadi ahli ex-officio bagi Lembaga dan juga menjadi Pengerusi bagi Lembaga Pengajian.

(3)

Pengetua hendaklah menjadi ketua pegawai pentadbir dan akademik Politeknik dan hendaklah bertanggungjawab kepada

Lembaga—

(a)

bagi pentadbiran Politeknik yang sempurna mengikut dasar

Lembaga;

(b)

bagi pengurusan akademik Politeknik mengikut dasar

Lembaga;

(c)

bagi penguatkuasaan yang sempurna akan peraturan-peraturan dan undang-undang kecil;

(d)

bagi kebajikan dan tatatertib kakitangan akademik dan bukan akademik dan juga penuntut Politeknik, dan bagi maksud itu Pengetua, hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, mempunyai segala kuasa yang perlu atau suai manfaat.

Politeknik Ungku Omar 13

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

Section 16 — POLITEKNIK UNGKU OMAR ACT 1974 | mylaw.my