Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 43

Garis panduan mengenai maksud “kedudukan dominan”

(2)

Garis panduan itu boleh menyatakan perkara-perkara yang boleh diambil kira oleh Suruhanjaya, termasuklah—

(a)

galakan persaingan terhadap pemberian perkhidmatan berkualiti ke seluruh Malaysia;

(b)

pasaran pos;

(c)

teknologi dan arah aliran komersial global yang mempengaruhi kuasa pasaran;

(d)

bahagian pasaran pemegang lesen;

(e)

kuasa untuk membuat keputusan penentuan kadar dengan bebas oleh pemegang lesen;

(f)

tahap perbezaan produk atau perkhidmatan dan promosi jualan dalam pasaran pos; dan

(g)

apa-apa perkara lain yang Suruhanjaya berpuas hati adalah berkaitan.

Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen pada kedudukan dominan