Malaysia legislation

Section 62

of *AKTA PERKHIDMATAN POS 2012

Seksyen 62

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Suruhanjaya hendaklah menyiasat apa-apa perkara yang berkaitan dengan pentadbiran Akta ini jika—

(a)

Menteri mengarahkan Suruhanjaya supaya menjalankan suatu penyiasatan mengenai apa-apa tindakan sivil atau kesalahan jenayah di bawah Akta ini yang mungkin telah atau akan dilakukan; atau

(b)

Suruhanjaya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan sivil atau jenayah di bawah Akta ini telah, sedang atau akan dilakukan.

Perkhidmatan Pos 51

Penyiaran laporan