Malaysia legislation

Section 11

of AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959

Seksyen 11

(2)

Dalam membuat pengkajian semula di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah, dan selepas menimbangkan nasihat seorang pegawai undangundang mengenainya—

(a)

mengesahkan dapatan yang dibuat di bawah seksyen 10 (2); atau

(b)

mengakaskan dapatan itu:

Dengan syarat bahawa jika Menteri mengakaskan mana-mana dapatan sedemikian, dan jika orang yang membuat permintaan itu masih berada dalam jagaan, Menteri hendaklah dalam masa dua puluh empat jam selepas keputusannya dibuat, mengarahkan orang itu dibawa di hadapan seorang Majistret, yang hendaklah sesudah itu melepaskan perintah tahanan orang itu dan, jika tiada alasan-alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah, hendaklah mengarahkan pelepasannya dengan sertamerta.

Section 11 — PREVENTION OF CRIME ACT 1959 | mylaw.my