Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Mana-mana orang yang diletakkan di bawah pengawasan polis melalui perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah juga tertakluk kepada semua atau mana-mana sekatan berikut, sebagaimana Menteri boleh melalui perintah mengarahkan—
(a)
dia adalah dikehendaki bermastautin di dalam mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung yang dinyatakan dalam perintah itu;
(b)
dia tidaklah dibenarkan berpindah ke manamana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung lain, mengikut mana yang berkenaan, tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pegawai Polis mana-mana Negeri yang berkenaan;
(c)
kecuali setakat mana yang diperuntukkan selainnya oleh perintah itu, dia tidaklah boleh meninggalkan Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung yang di dalamnya dia bermastautin tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pegawai Polis Negeri yang berkenaan;
(d)
dia hendaklah pada setiap masa memberitahu Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana dia bermastautin mengenai rumah atau tempat di mana dia bermastautin;
(e)
dia hendaklah menghadirkan dirinya di balai polis yang terdekat pada masa atau masa-masa sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu;
(f)
dia hendaklah berada dalam rumah, atau dalam kawasan sebagaimana ditakrifkan dalam perintah itu, pada masa-masa sebagaimana ditetapkan dalam perintah itu, melainkan dia telah mendapat kebenaran khas sebaliknya daripada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis;
(g)
kecuali setakat mana yang diperuntukkan selainnya oleh perintah itu, dia tidaklah dibenarkan untuk memasuki mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung yang dinyatakan dalam perintah.
(3)
Menteri boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah bertulis yang disampaikan kepada orang berdaftar itu, mengubah, membatal atau menambah kepada mana-mana sekatan yang dikenakan di bawah seksyen ini.
(4)
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana perintah atau sekatan yang dikenakan ke atasnya di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun dan tidak kurang daripada dua tahun.