Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Tanpa menyentuh keluasan kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) peraturan-peraturan itu boleh—
(a)
menetapkan bentuk Daftar, dan apa-apa borang lain sebagaimana perlu atau dikehendaki untuk digunakan berkaitan dengan perkara-perkara yang diuruskan di dalam Akta ini atau di dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
(b)
menghendaki kesemua atau mana-mana kelas orang berdaftar untuk membawa kad pengenalan, memperuntukkan bentuk, pengeluaran, penghasilan, pemeriksaan pembatalan, pengubahan, endorsemen ke atas dan pengembalian kad-kad itu, dan penggantiannya dengan kad pengenalan yang dikeluarkan kepada orang-orang itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, dan bagi semua perkara lain yang perlu atau dikehendaki berkaitan dengan kad-kad atau pelaksanaannya atau penguatkuasaan peraturan-peraturan, termasuk penetapan penalti-penalti yang tidak lebih daripada berkaitan dengan mana-mana kesalahan denda lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya;
(c)
memperuntukkan bagi apa-apa perkara lain yang di bawah Akta ini dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan.
(3)
Semua peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan dengan secepat mungkin di Dewan Rakyat, dan jika ketetapan Dewan Rakyat diluluskan dalam masa tiga bulan berikutnya selepas mana-mana perintah atau peraturan sedemikian, mengikut mana yang berkenaan, dibentangkan di Dewan Rakyat bahawa perintah atau peraturan hendaklah dibatalkan, maka perintah atau peraturan itu hendaklah sejak dari itu menjadi tak sah, tetapi tanpa menjejaskan keesahan apa-apa yang dibuat sebelumnya di bawahnya, atau kepada pembuatan mana-mana perintah atau peraturan baharu.