Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Mana-mana orang yang ditahan dalam jagaan di bawah seksyen 4 atau 5 boleh pada bila-bila masa dibawa di hadapan seorang Majistret, jika tiada alasan-alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah—
(a)
hendaklah mengarahkan pelepasannya jika dikemukakan kepadanya suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa yang menyatakan dia tidak bercadang untuk meneruskan siasatan mengenai kes orang tersebut di bawah seksyen 9; atau
(b)
dalam apa jua hal lain, atas permohonan seorang pegawai polis boleh mengarahkan pelepasannya tertakluk kepada—
(i)
pelaksanaan suatu bon oleh orang itu dengan atau tanpa penjamin, bagi kehadirannya dengan sewajar di tempat atau tempat-tempat tersebut dan pada masa atau masa-masa tersebut dan dalam apa-apa tempoh tidak melebihi empat puluh dua hari, sebagaimana diarahkan oleh Majistret; atau
(ii)
pengawasan polis bagi apa-apa tempoh tidak melebihi empat puluh dua hari sebagaimana diarahkan oleh Majistret.