Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Sesuatu siasatan yang diadakan di bawah subseksyen (1) hendaklah diadakan dengan cara dan menurut prosedur sebagaimana diarahkan oleh Menteri.
(3)
Seorang Pegawai Siasatan boleh, bagi maksud mana-mana siasatan di bawah Akta ini—
(a)
memperolehi dan menerima semua keterangan, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada boleh-terima atau tidak boleh-terima di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan keterangan atau prosedur jenayah, yang difikirkannya perlu atau diingini;
(b)
memanggil dan memeriksa saksi-saksi atas sumpah atau ikrar, dan boleh bagi maksud-maksud tersebut mengendali apa-apa sumpah atau ikrar;
(c)
menghendaki dikemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang pada pendapatnya adalah relevan kepada siasatan itu;
(d)
jika dipertimbangkannya perlu bagi kepentingan awam, menerima keterangan walaupun orang yang menjadi hal-perkara siasatan itu tidak hadir:
Dengan syarat bahawa jika apa-apa keterangan sedemikian diterima, Pegawai Siasatan hendaklah memberitahu orang itu tentang isi keterangan itu, setakat mana yang dipertimbangkannya bersesuaian dengan kepentingan awam, dan hendaklah dalam tiap-tiap hal sedemikian memasukkan dalam mana-mana laporan yang dibuat di bawah seksyen 10 (2) suatu pernyataan mengenai hal keadaan dalam mana keterangan itu telah diterima.
(4)
Mana-mana orang yang disaman sebagai seorang saksi di bawah subseksyen (3) yang tanpa alasan yang munasabah tidak hadir pada masa dan tempat yang disebut dalam saman itu atau yang, setelah hadir, enggan menjawab mana-mana soalan yang
PENCEGAHAN JENAYAH dikemukakan kepadanya dengan sah atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen atau benda yang ada dalam kuasanya untuk mengemukakan, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya.