Malaysia legislation
Section 10
of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018
Seksyen 10
Warga Emas Swasta 13
(2)
Permohonan pemindahan atau penyerahhakan suatu kelulusan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
(3)
Mana-mana pemegang kelulusan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika pemegang kelulusan ialah seorang individu, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan
(b)
jika pemegang kelulusan ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit.