Malaysia legislation
Section 15
of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018
Seksyen 15
Warga Emas Swasta 15
(2)
Lesen sementara hendaklah dalam bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Lesen sementara adalah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan.
(4)
Kerja-kerja pembetulan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh lesen sementara diberikan atau apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Ketua
Pengarah.
(5)
Seseorang pemegang lesen sementara boleh pada bila-bila masa dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4)
memberitahu Ketua Pengarah mengenai pematuhannya dengan standard atau kehendak.
(6)
Selepas habis tempoh dalam subseksyen (4) atau setelah diberitahu tentang pematuhan di bawah subseksyen (5), yang mana lebih awal, pemeriksaan premis hendaklah dijalankan untuk membolehkan Ketua Pengarah menimbangkan semula permohonan lesen itu.
(7)
Seksyen 13 hendaklah terpakai bagi pemeriksaan premis di bawah seksyen ini.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 802
Pertimbangan semula permohonan lesen