Malaysia legislation

Section 26

of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018

Seksyen 26

Kecemasan

(a)

alamat rumah dan alamat tempat kerja dan nombor telefon setiap orang yang dinamakan sebagai orang yang boleh dihubungi semasa kecemasan bagi orang yang menerima jagaan; dan

(b)

apa-apa maklumat perubatan yang relevan yang berhubungan dengan orang yang menerima jagaan.

(2)

Pemegang lesen hendaklah mempamerkan senarai nombor telefon kecemasan termasuklah nombor telefon perkhidmatan bomba dan penyelamat, perkhidmatan ambulans dan pihak polis di bahagian yang mudah dilihat di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu.

(3)

Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu dilengkapi

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 21

dengan peti pertolongan kecemasan bagi rawatan kecemasan yang hendaklah disimpan di tempat yang boleh dicapai dan selamat.

(4)

Pemegang lesen hendaklah membuat perkiraan bagi latihan untuk pemberi jagaan yang diambil kerja oleh pemegang lesen dalam bantuan hayat asas.

Pemberitahuan kematian

Section 26 — PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018