Malaysia legislation

Section 30

of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018

Seksyen 30

Ketua Pengarah boleh membatalkan kelulusan, lesen atau lesen sementara, atau menolak untuk membaharui lesen, sekiranya

(a)

bahawa kelulusan, lesen atau lesen sementara, atau pembaharuan lesen itu telah diperoleh melalui apa-apa kenyataan palsu atau mengelirukan;

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 23

(b)

bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, lebih daripada dua tahun, telah dilakukan oleh pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara;

(c)

bahawa pemegang kelulusan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab tidak mematuhi apa-apa arahan

Ketua Pengarah;

(d)

bahawa pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab telah mengendalikan atau menguruskan atau dengan apa-apa cara menggunakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dengan cara yang memudaratkan kepentingan orang yang menerima jagaan;

(e)

bahawa pemegang lesen telah mengambil kerja atau mengguna khidmat orang yang tidak layak sebagai orang yang bertanggungjawab, profesional jagaan kesihatan atau pemberi jagaan;

(f)

bahawa pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara telah dihukum bankrap; atau

(g)

bahawa pemegang lesen telah berhenti mengendalikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta.

Tunjuk sebab

Section 30 — PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018