Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi pekerjaan swasta” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan
Akta 246
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 246
diberikan lesen di bawah Akta ini untuk menjalankan aktiviti merekrut;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“fi” ertinya fi yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“iklan” hendaklah termasuk apa-apa pemberitahu, pekeliling, risalah, pelawaan atau maklumat yang telah disebarkan, disiarkan atau dipamerkan berhubung dengan aktiviti merekrut dengan apa-apa cara atau bentuk termasuk komunikasi lisan atau bertulis dengan cara media cetak, elektronik atau apa-apa media lain;
(a)
berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua Pengarah
Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1)
Akta Kerja 1955 [Akta 265];
(b)
berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh
[Sabah Bab 67]; atau
(c)
berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh
[Sarawak Bab 76];
“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 9a;
“majikan” ertinya mana-mana orang yang mendapatkan perkhidmatan agensi pekerjaan swasta bagi maksud untuk merekrut seseorang pekerja bagi dirinya;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;
Agensi Pekerjaan Swasta 7
“merekrut” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana orang, termasuk aktiviti pengiklanan, sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk—
(a)
menawarkan untuk mencari pekerjaan, menawarkan suatu pekerjaan atau mendapatkan pekerjaan, bagi seseorang pencari kerja; atau
(b)
menawarkan untuk mencari pekerja, menawarkan pekerja atau mendapatkan pekerja, bagi seseorang majikan;
“pegawai tenaga kerja” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) Akta Kerja 1955, subseksyen 3(1a) Ordinan
Buruh, [Sabah Bab 67] atau subseksyen 3(1a) Ordinan Buruh,
[Sarawak Bab 76], mengikut mana-mana yang berkenaan;
“pencari kerja” ertinya seseorang yang berdaftar dengan suatu agensi pekerjaan swasta bagi maksud mencari pekerjaan atau ditawarkan suatu pekerjaan atau menerima tawaran suatu pekerjaan, tetapi tidak termasuk bukan warganegara;
“wang jaminan” ertinya suatu jaminan dalam bentuk wang tunai atau jaminan kewangan yang dikeluarkan oleh suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]
atau bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759] tetapi tidak termasuk bank Islam antarabangsa berlesen, yang didepositkan menurut seksyen 14c.
Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah