Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
“Ketua Pengarah” ertinya—
(a)
untuk mentadbir dan mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan pelesenan bagi agensi pekerjaan swasta;
(b)
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan aktiviti merekrut yang dijalankan oleh agensi pekerjaan swasta termasuk mengeluarkan arahan bertulis;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 246
(c)
untuk mengutip, menerima, mengguna atau merampas wang jaminan yang didepositkan oleh agensi pekerjaan swasta;
(d)
untuk mengarahkan agensi pekerjaan swasta untuk mengemukakan apa-apa maklumat dan dokumen yang berhubungan dengan agensi pekerjaan swasta dan aktivitinya;
(e)
untuk menghendaki agensi pekerjaan swasta mengemukakan apa-apa maklumat untuk membantu Ketua Pengarah bagi pelaksanaan fungsinya; dan
(f)
untuk melakukan apa-apa perkara bersampingan dengan apa-apa fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Pewakilan fungsi dan kuasa Ketua Pengarah 4a. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa had sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, pegawai tenaga kerja boleh menjalankan semua fungsi dan kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini dan tiap-tiap fungsi dan kuasa yang dijalankan hendaklah disifatkan telah dijalankan bagi maksud Akta ini.
(2)
Pegawai tenaga kerja tidak boleh menjalankan apa-apa fungsi dan kuasa Ketua Pengarah di bawah Akta ini melainkan jika dia memegang kad kuasa yang ditandatangani oleh Ketua
Pengarah untuk memberinya kuasa untuk menjalankan fungsi dan kuasa itu.