Malaysia legislation

Section 9

of AKTA AGENSI PEKERJAAN SWASTA 1981

Seksyen 9

(a)

pemohon ialah sebuah badan korporat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016—

(i)

dengan modal berbayar minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; dan

(ii)

sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus daripada jumlah keseluruhan syer syarikat itu dipegang oleh warganegara Malaysia;

(b)

pengarah syarikat, yang dinamakan dalam borang permohonan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agensi pekerjaan swasta—

(i)

ialah seorang warganegara Malaysia;

(ii)

bukanlah seorang bankrap yang belum dilepaskan;

dan

(iii)

tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan antipemerdagangan orang dan buruh paksa;

(c)

pemohon mempunyai premis yang sesuai untuk menjalankan aktiviti merekrut sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah; dan

(d)

pemohon hendaklah mempunyai nama syarikat yang didahului dengan perkataan “Agensi Pekerjaan”.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.

Agensi Pekerjaan Swasta 11

Pemberian atau penolakan pemberian lesen 9a.  (1)  Apabila menerima dan setelah mempertimbangkan permohonan bagi lesen di bawah seksyen 8, Ketua Pengarah boleh memberikan lesen atau menolak pemberian lesen.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada pemohon mengenai keputusannya sama ada untuk memberikan lesen atau menolak pemberian lesen di bawah subseksyen (1).

(3)

Jika permohonan di bawah subseksyen (1) diluluskan, pemohon hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2), membayar fi lesen yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mendepositkan wang jaminan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi maksud pemberian lesen itu.

(4)

Jika pemohon tidak membayar fi lesen dan wang jaminan dalam tempoh tiga puluh hari sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menolak pemberian lesen tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.

Kuasa untuk mengenakan syarat 9b.  Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu apabila suatu lesen diberikan di bawah seksyen 9a dan boleh meminda syarat-syarat yang dikenakan.

Tempoh lesen