Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA KAWASAN LARANGAN DAN TEMPAT LARANGAN 1959

Seksyen 2

Tafsiran

“kawasan larangan”

ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut peruntukan seksyen 4;

“Ketua Pegawai Polis” termasuklah seorang Pesuruhjaya Polis yang diberi pengawalan ke atas Polis Diraja Malaysia berhubungan mana-mana kawasan atau Negeri;

“pegawai berkuasa” ertinya –

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 298

(a)

mana-mana pegawai polis;

(b)

mana-mana orang yang memegang surat tauliah dalam mana-mana angkatan tentera atau mana-mana angkatan tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau dalam mana-mana angkatan pelawat yang sah di sisi undang-undang yang berada di Malaysia;

(c)

mana-mana anggota angkatan tentera atau mana-mana angkatan tentera tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana angkatan pelawat yang sah di sisi undang-undang berada di Malaysia yang menjalankan tugas seorang pengawal atau sentri dalam mana-mana tempat larangan atau kawasan larangan menurut perintah yang dikeluarkan oleh seorang yang memegang surat tauliah dalam mana-mana angkatan tentera atau mana-mana angkatan tentera tempatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana angkatan pelawat yang sah di sisi undang-undang berada di Malaysia;

(d)

mana-mana orang yang menjalankan tugas pengawal atau jaga dalam tempat larangan atau kawasan larangan dan diberi kuasa dengan khasnya bagi maksud itu oleh seorang pegawai polis di bawah seksyen 3;

“tempat larangan” ertinya mana-mana premis yang diisytiharkan sebagai tempat larangan mengikut peruntukan seksyen 5.

Pemberian kuasa kepada pengawal dan jaga