Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Jika, menurut seksyen ini, mana-mana orang diberi kebenaran untuk berada di suatu tempat larangan, orang tersebut hendaklah, semasa bertindak di bawah kebenaran itu, mematuhi apa-apa arahan bagi mengawal selia kelakuannya yang diberi oleh pihak berkuasa atau orang yang memberi kebenaran itu; dan seorang pegawai berkuasa, atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh penghuni premis itu, boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki, atau bertujuan untuk memasuki, atau berada di dalam, tempat larangan, dan boleh menahan mana-mana orang tersebut bagi tujuan memeriksanya.
(3)
Jika mana-mana orang yang berada di dalam tempat larangan berlanggaran dengan seksyen ini, atau semasa berada di tempat tersebut tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberi di bawah seksyen ini, maka, tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadapnya, dia boleh dikeluarkan daripada tempat itu oleh seorang pegawai berkuasa atau mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh penghuni premis itu.
(4)
Paskad atau permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dalam bentuk yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawahnya, atau dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atau orang lain yang dinyatakan di dalam perintah itu.
Notis mengenai perintah di bawah seksyen 4 dan 5