JADUAL
(Perenggan 2)
PROTOKOL MEMINDA PERJANJIAN
ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN REPUBLIK AFRIKA SELATAN
BAGI MENGELAKKAN PENCUKAIAN DUA KALI DAN MENCEGAH PELARIAN FISKAL BERKENAAN
DENGAN CUKAI ATAS PENDAPATAN YANG DITANDATANGANI DI PRETORIA PADA 26 JULAI 2005
PENDAHULUAN
Kerajaan Malaysia Dan Kerajaan Republik Afrika Selatan;
BERHASRAT untuk meminda Perjanjian bagi pengelakan pencukaian dua kali dan pencegahan pelarian fiskal mengenai cukai atas pendapatan, dengan Protokol, yang ditandatangani di Pretoria pada 26 Julai 2005 (kemudian daripada ini disebut “Perjanjian”).
TELAH BERSETUJU SEPERTI YANG BERIKUT:
PERKARA I
Perkara 26 Perjanjian hendaklah dipotong dan digantikan dengan yang berikut:
“Perkara 26
PERTUKARAN MAKLUMAT
1.
Pihak berkuasa berwibawa Negara Pejanji hendaklah bertukar-tukar apa-apa maklumat yang dijangkakan berkaitan bagi menjalankan peruntukan Perjanjian ini atau dengan pentadbiran atau penguatkuasaan undang-undang domestik berkenaan dengan semua jenis cukai dan perihalan yang dikenakan bagi pihak Negara Pejanji, atau subbahagian politik atau pihak berkuasa tempatannya setakat yang pencukaian di bawahnya tidak bertentangan dengan Perjanjian. Pertukaran maklumat ini tidak disekat oleh Perkara 1 dan 2.
2.
Apa-apa maklumat yang diterima oleh suatu Negara Pejanji di bawah perenggan 1 hendaklah dianggap sebagai rahsia mengikut cara yang sama sebagaimana maklumat yang didapati di bawah undang-undang domestik Negara itu dan hendaklah didedahkan hanya kepada orang atau pihak berkuasa
(termasuk mahkamah dan badan pentadbiran) yang terlibat dengan penaksiran atau pemungutan, penguatkuasaan atau pendakwaan, berkenaan dengan pemutusan rayuan berhubung dengan cukai yang disebut dalam perenggan 1, atau pengawasan tentang di atas. Orang atau pihak itu hendaklah
4
menggunakan maklumat itu hanya bagi maksud sedemikian. Mereka boleh mendedahkan maklumat itu dalam prosiding mahkamah awam atau dalam keputusan kehakiman.
3.
Peruntukan perenggan 1 dan 2 tidak sekali-kali boleh ditafsirkan sebagai mengenakan obligasi ke atas suatu Negara Pejanji:
(a)
untuk menjalankan langkah pentadbiran yang bercanggah dengan undang-undang dan amalan pentadbiran Negara Pejanji itu atau Negara Pejanji yang satu lagi;
(b)
untuk membekalkan maklumat yang tidak boleh didapati di bawah undang-undang atau mengikut perjalanan biasa pentadbiran Negara Pejanji itu atau Negara Pejanji yang satu lagi;
(c)
untuk membekalkan maklumat yang akan mendedahkan apa-apa rahsia perdagangan, perniagaan, perindustrian, komersial atau profesional atau proses perdagangan, atau maklumat yang pendedahannya akan bertentangan dengan dasar awam.
4.
Jika maklumat yang diminta oleh suatu Negara Pejanji mengikut Perkara ini, Negara Pejanji yang satu lagi hendaklah menggunakan langkah-langkah pengumpulan maklumatnya untuk mendapatkan maklumat yang diminta, walaupun Negara yang satu lagi itu tidak memerlukan maklumat itu bagi maksud pencukaiannya sendiri. Obligasi yang terkandung pada ayat terdahulu adalah tertakluk kepada pengehadan dalam perenggan 3 tetapi pengehadan itu tidak sekali-kali boleh ditafsirkan sebagai membenarkan suatu Negara Pejanji untuk enggan membekalkan maklumat hanya kerana ia tiada kepentingan domestik ke atas maklumat itu.
5.
Peruntukan perenggan 3 tidak sekali-kali boleh ditafsirkan sebagai membenarkan suatu Negara
Pejanji untuk enggan membekalkan maklumat hanya kerana maklumat itu dipegang oleh bank, institusi kewangan lain, penama atau seseorang yang bertindak atas sifat agensi atau fidusiari atau kerana ia berkaitan dengan kepentingan pemunyaan seseorang.”
PERKARA II
Setiap Negara Pejanji hendaklah memaklumkan Negara yang satu lagi secara bertulis, melalui saluran diplomatik, tentang penyempurnaan tatacara yang dikehendaki oleh undang-undangnya bagi menguatkuasakan Protokol ini. Protokol ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang terkemudian daripada pemberitahuan-pemberitahuan ini.
5
PERKARA III
Protokol ini, hendaklah menjadi suatu bahagian dalam Perjanjian, hendaklah terus berkuat kuasa selagi
Perjanjian berkuat kuasa dan hendaklah terpakai selagi Perjanjian itu sendiri terpakai.
DALAM MENYAKSIKAN HAL YANG TERSEBUT, yang bertandatangan di bawah ini, yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Kerajaan mereka masing-masing, telah menandatangani dan memeterai Protokol ini dalam dua salinan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, kedua-dua teks sama sahihnya. Sekiranya terdapat apa-apa pertikaian dalam pentafsiran atau pemakaian Protokol ini, teks bahasa Inggeris hendaklah dipakai.
DIBUAT di Pretoria pada 5 haribulan April 2011.
BAGI PIHAK KERAJAAN MALAYSIA:
BAGI PIHAK KERAJAAN
Dibuat 12 September 2011
[Perb: 0.6869/73 VOL.3 (SK.2); PN(PU2)80A/XVI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 132(6) Akta Cukai
Pendapatan 1967 dan subseksyen 65A(5) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967]
6
INCOME TAX ACT 1967
AND
PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967
DOUBLE TAXATION RELIEF (THE GOVERNMENT OF THE REPUBLIC OF SOUTH
AFRICA) (AMENDMENT) ORDER 2011
IN exercise of the powers conferred by subsection 132(1) of the Income Tax Act 1967
[Act 53] and subsection 65A(1) of the Petroleum (Income Tax) Act 1967 [Act 543], the
Minister makes the following order:
Citation 1.
This order may be cited as the Double Taxation Relief (The Government of the Republic of South Africa)(Amendment) Order 2011.
Amendment to the Double Taxation Relief (The Government of the Republic of
South Africa) Order 2005 2.
The Double Taxation Relief (The Government of the Republic of South Africa)
Order 2005 [P.U. (A) 385/2005] is amended as specified in the Schedule in accordance with the Protocol Amending The Agreement Between The Government Of Malaysia And
The Government Of The Republic Of South Africa For The Avoidance Of Double Taxation
And The Prevention Of Fiscal Evasion With Respect To Taxes On Income.
Double taxation relief 3.
It is declared that the arrangements specified in the Schedule have been made by the Government of Malaysia with the Government of the Republic of South Africa with a view of amending the previous arrangements affording relief from double taxation in relation to Malaysian tax and South African tax (as defined in each case in the arrangements) and that it is expedient that those arrangements shall have effect.
7