Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Orang yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah—
(a)
suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965
[Akta 125] dan bermastautin di Malaysia;
3
(b)
suatu koperasi berasaskan pertanian;
(c)
suatu Pertubuhan Peladang;
(d)
suatu Persatuan Nelayan Kawasan, Persatuan Nelayan Kebangsaan atau Persatuan Nelayan Negeri; atau
(e)
suatu persatuan yang semata-mata terlibat dalam pertanian dan bermastautin di Malaysia.
(2)
Jika orang yang layak ialah suatu syarikat yang telah diberikan pengecualian di bawah Perintah ini, mana-mana syarikat berkaitan kepada syarikat itu tidak layak mendapat pengecualian di bawah Perintah ini berhubung dengan aktiviti khas yang layak yang sama.
(3)
Bagi maksud perenggan ini—
“koperasi berasaskan pertanian” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109];
“Persatuan Nelayan Kawasan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Persatuan Nelayan 1971 [Akta 44];
“Persatuan Nelayan Kebangsaan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Persatuan Nelayan 1971;
“Persatuan Nelayan Negeri” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Persatuan Nelayan 1971;
“Pertubuhan Peladang” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Pertubuhan Peladang 1973.
4
Aktiviti khas yang layak