Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2016

Seksyen 6

(1)

Menteri mengecualikan orang yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti khas yang layak, yang bersamaan dengan kadar elaun yang ditentukan oleh Menteri yang hendaklah tidak kurang daripada enam puluh peratus dan tidak lebih daripada seratus peratus daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh orang yang layak itu.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi satu tempoh tahun taksiran berturut-turut sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, bermula dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama dilakukan oleh orang yang layak sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi

Pantai Timur.

(3)

Tarikh permulaan yang disebut dalam subperenggan (2) tidak boleh lebih awal daripada tiga tahun sebelum tarikh permohonan bagi pengecualian dibuat dan tidak boleh lebih awal daripada 13 Jun 2008.

(4)

Permohonan bagi pengecualian di bawah Perintah ini hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur pada atau selepas 13 Jun 2008 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

(5)

Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini adalah tertakluk kepada orang yang layak mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh Menteri berhubung dengan pengecualian itu.

(6)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.

6

(7)

Bagi maksud perenggan ini, “Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi

Pantai Timur” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Pembangunan

Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008.

Pendapatan berkanun